anak tok guru

Tan Sri Annuar Musa adalah nama besar dalam politik Malaysia. Terlibat aktif berpolitik hampir 40 tahun. Sekarang ini, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, jawatan yang menempatkan beliau sebagai anggota Biro Politik UMNO parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional kuasa pemerintah Malaysia.

Asal dari Bukit Marak. Anak kepada Tuan Guru Haji Musa Mat Tahir al-Kelantani, ulama’ yang dilahirkan pada tahun 1895. Tok Guru Haji Musa menjadi pelopor kepada pembelajaran Al-Quran secara qiraat dimana hanya beliau dan Mufti Kelantan pada masa itu Dato’ Haji Muhammad Nor Penambang , sahaja yang arif di bidang Qiraat 7 Al-Quran ( Tujuh cara pembacaan Al-Quran )

Tuan Guru Haji Musa mengajar kitab dan berdakwah bukan sahaja di madrasahnya tetapi di seluruh tempat di negeri Kelantan. Beliau pernah menjadi hakim tilawah Al-Quran peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Padang Bank (kini Padang Merdeka) Kota Bharu.

Tuan Guru Haji Musa sepanjang hayatnya sentiasa menjadi tempat rujukan orang ramai untuk memohon bantuan, pandangan dan nasihat berkaitan hukum-hakam, masalah rumah tangga dan sebagainya.

Wibawa Tuan Guru Haji Musa jelas sekali apabila beliau pernah melatih dan membimbing qari terkenal Kelantan antaranya Haji Ahmad Som Pergau dan Haji Mokhtar dalam bidang tajwid sehingga berjaya muncul sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>