Manifesto Ketereh Hebat

Oleh Tan Sri Annuar Musa

#Tawaran Luar Biasa Orghe Parlime Terre

Dahulukan Rakyat

KAMI mewakili Barisan Nasional dengan moto DAHULUKAN RAKYAT sentiasa berazam dan merancang untuk mengubah landskap KETEREH.

Perubahan menerusi pendekatan berteraskan Maqasid Syariah agar rakyat dapat merasai kembali kesan dari limpahan pembangunan ekonomi, pembangunan Infrastruktur.

Perubahan dari Pekan kepada Bandar Baru, kemajuan kampung yang lebih baik, kecaknaan soal kebajikan rakyat, bantuan kepada warga emas, membina kejayaan lebih cemerlang kepada golongan wanita, belia TN50, Tranformasi Masjid, pendidikan Al-Quran serta memartabatkan syariat dan syiar Islam.

manifesto ketereh

Manifesto Ketereh

KINI genap lima tahun sejak dipilih dari 2013-2018, menjadi harapan rakyat untuk memberi perkhidmatan terbaik agar KETEREH berubah wajah menjadi contoh kepada perubahan yang dikagumi oleh daerah lain di Kelantan.

Sebagai lulusan Perancang Bandar dan Wilayah, saya dan rakan-rakan dari saf kepimpinan Barisan Nasional sentiasa berusaha menyusun dan mengagihkan pembangunan infrastruktur yang lebih adil ke setiap kawasan DUN dalam Perlimen KETEREH agar semua rakyat dapat merasakan kesan dari limpahan ekonomi.

KETEREH beruntung kerana sentiasa mendapat perhatian dan sokongan terbaik dari Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak demi untuk melihat KETEREH MAJU lebih cepat menjadi sebuah Bandar Baru dan Pusat Kegiatan Ekonomi Baru contoh kepada rakyat negeri Kelantan.

Kesemua ini hasil hubungan akrab kita dengan Perdana Menteri berkat kepercayaan dan sokongan pelbagai lapisan masyarakat yang berterusan selama ini.

JUSTERU itu, pada 9 Mei 2018 rakyat sekali lagi dikembalikan mandat untuk membuat penilaian bagi memilih semula wakil rakyat agar dapat meneruskan kejayaan dan kemajuan yang sedia ada. Oleh itu, saya sekali lagi bersama-sama rakan-rakan dari kepimpinan Barisan Nasional bersedia untuk terus berkhidmat.

Dengan ini kami membentangkan MANIFESTO KETEREH – RENCANAKAN MASA DEPAN dengan 14 TERAS UTAMA ke arah HEBATKAN KETEREH kita.


Kenali #OPT

Kenali Tan Sri Annuar Musa

Saya Tan Sri Annuar Musa. Umur matang usia 62 tahun usia. Diberi ruang untuk berkhidmat di bawah empat (4) Perdana Menteri. Satu pengalaman mahal yang tidak terperi.

Sejak awal mula tidak sekali pun bertukar parti. Juga kekal memberikan khidmat bakti pada satu kawasan sahaja iaitu Ketereh yang kita cintai. Dulu namanya Peringat dan sebelum itu Nilam Puri.

Walau sejak dulu telah ada pelbagai usaha cuba menggambarkan Kerajaan hari ini sebagai “hopeless”,“no future”, “failed state” dan seumpamanya, kebenaran tetap kekal tegap berdiri.


Fakta nyata hingga ke hari ini kita paling MAJU KEHADAPAN, dari sebuah negara dunia ketiga kepada sebuah negara yang semakin maju dan menjadi contoh kepada banyak negara lain.


Teras Utama

14 TERAS

Ini adalah 14 Tonggak Utama Manifesto Ketereh Hebat. Khas untuk semua orghe parlime terre.

1. SYIAR ISLAM

Memartabatkan syariat dan syiar Islam

2. KORIDOR ILMU

Menjadi pusat pendidikan ilmu

3. BELIA

Mengupayakan belia anak muda

4. INFRASTRUKTUR

Membina infrastruktur sukan

5. USAHAWAN DIGITAL

Memperkasakan ekonomi digital

6. MARTABAT WANITA

Mengangkat martabat wanita

7. BASMI KEMISKINAN

Membantu dan mengurangkan kemiskinan

8. WARGA EMAS

Menyediakan peralatan dan bantuan kepada warga emas

#OPT

#orghe parlime terre
#wakilrakyatberprestasitinggi
#tansriannuar

"Jatuh bangkit saya aalah bersama sama adik kakak ORGHE PARLIME TERRE (OPT).
Dan InshaAllah kali ini kita bangkit dengan lebih perkasa “Terre Hebat. HEBATKAN NEGARAKU”
Ketereh Koridor Ilmu-Rakyat Bersatu-Ketereh Maju!

Tan Sri Annuar Musa

14 TERAS

Kami komited dan akan berusaha sedaya upaya bagi menjayakan Ketereh Hebat.

9. KEBUDAYAAN

Menggiatkan aktiviti kebudayaan

10. TENTERA

Menaik taraf kemudahan tentera

11. RANGKAIAN

Menyiapkan rangkaian infrastruktur di Ketereh

12. BANDARAN

Memperhebatkan perbandaran 'Youth City'

13. BAIK PULIH

Membina dan membaik pulih perumahan

13. KEBAJIKAN

Menjaga dan mengutamakan kebajikan rakyat

14. KHADAM RAKYAT

Pusat Khidmat Amal dan Aktiviti Masyarakat (KHADAM) menjadi TIANG SERI
kepada perkhidmatan terbaik UMNO dan Barisan Nasional PERLIMEN KETEREH.

#OPT

#orghe parlime terre
#wakilrakyatberprestasitinggi
#tansriannuar

khadam rakyat

KHADAM diasaskan oleh Tan Sri Annuar Musa selepas dipilih menjadi Wakil Rakyat KETEREH dengan matlamat untuk kembali membantu dan menjaga kebajikan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman parti politik. 

KETEREH HEBAT bukan hanya tertumpu kepada kejayaan membawa pelbagai projek pembangunan untuk mengubah landskap kemajuan tetapi turut dirancang agar RAKYAT HEBAT di segi peningkatan pendapatan.

Falsafah Program KHADAM adalah BERSILATURAHIM, MEMBANTU dan MEMARTABAT ilmu anak bangsa dalam Parlimen KETEREH agar terus berjaya dengan lebih baik.

Program KHADAM turun ke kampung-kampung cukup berkesan merapatkan hubungan silaturahim dengan rakyat, menziarahi orang sakit, membantu rakyat yang miskin, ibu tunggal, Asnaf, Anak Yatim, kenduri kendara rakyat dan kematian.

KHADAM akan terus mengekalkan reputasi sebagai wakil rakyat bereprestasi tinggi untuk terus menjadi contoh perkhidmatan terbaik dalam soal mengurus kebajikan rakyat dalam Parlimen KETEREH pada masa depan.

KHADAM memiliki 10 TIANG SERI utama rencana perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

KESEMUA 10 TIANG SERI perkhidmatan untuk rakyat ini untuk memenuhi harapan besar rakyat yang telah memberi amanah dan kepercayaan memilih wakil rakyat dari Barisan Nasional.

Saya mahu terus menjadikan KHADAM antara Pusat Khidmat Wakil Rakyat contoh dan terbaik di negara ini.

KETEREH HEBAT bukan satu janji retorik sekadar untuk menarik dokongan masyarakat, tetapi ia adalah hakikat yang sudah boleh dibuktikan bersama.

Kejayaan ini adalah hasil perjuangan rakyat yang cukup arif dan bijaksana dalam memilih wakil rakyat. Berkat keyakinan pelbagai lapisan masyarakat dalam Parlimen Ketereh memilih pemimpin berwibawa, berwatak prihatin dan sentiasa sedia bekerja untuk rakyat, akhirnya kembali memberi limpahan barokah kejayaan, kemajuan dan berkebajikan untuk kita bersama.

KHADAM akan terus mengekalkan reputasi sebagai wakil rakyat bereprestasi tinggi untuk terus menjadi contoh perkhidmatan terbaik dalam soal mengurus kebajikan rakyat dalam Parlimen KETEREH pada masa depan.

Semoga kita dapat terus bersama berganding bahu HEBATKAN KETEREH, bukan sahaja berbangga dengan kemajuan Infastruktur yang semakin pesat, tetapi turut mengubah nilai-nilai kehidupan masyarakat kita menjadi lebih berjaya dan kebajikan mereka terus mendapat pembelaan terbaik lagi selepas ini.

Tan Sri Annuar Musa
Parlimen Ketereh

undi barisan nasional