tan sri annuar musa

1. Semalam dalam majlis saya dipanggil untuk kedepan. Kerusi untuk Puan Sri kosong dan saya mengisinya. Duduk sebelah Tan Sri Annuar Musa.

2. Semasa Datuk Hajah Faridah Mat Saman , mantan juara qariah antarabangsa sedang mengalun ayat ayat suci al Quran, Tan Sri minta pen dari saya dan dia mula melakar “message map” untuk disampaikan.

3. Ada 7 perkara besar yang beliau sampaikan. Agama adalah pasak teras dalam Ketereh Koridor Imu. TSAM tidak mahu slogan tinggal pada tulisan dan kayu pancang. Beliau mahu ia dijadikan program yang limpahannya dirasakan oleh ramai orang dalam kawasan.

4. Pertama dalam pasak agama ini adalah TRANSFORMASI MASJID- membaik pulih masjid dengan pembaikan secara besar besaran ataupun mendirikan semula sebagai masjid baru supaya sejajar dengan beri keselesaan pada bilangan penduduk yang semakin bertambah.

Sehingga kini 12 masjid dua tingkat telah dibina semula dalam kawasan. Program ini akan diteruskan sehingga kesemua 40 masjid gagah teguh berdiri dan dimakmurkan oleh jemaah.

5. Kedua, gerakan transformasi masjid ini diteruskan hingga jadi pusat ilmu bagi menarik anak muda rapat dan jadi rakan masjid. Setiap tahun geran RM5000 diperuntukkan kepada setiap masjid untuk aktiviti yang baik ini.

6. Ketiga, KHATAM – Khidmat Pembelajaran Al Quran Tan Sri Annuar Musa yang telah bertapak di kampung Chengal akan melebar sayap membesarkan lagi “operasi tindak” sebagai pusat Tahfiz juga. Dalam pada itu akan menaungi semua pusat Tahfiz dalam kawasan parlimen dengan bantuan kewangan tahunan antara RM5k hingga RM10k bagi setiap pusat tahfiz yang ada dalam kawasan.

7. Keempat, mengadun ikatan padu antara MRSM Ulul Albab yang sedang dalam rangka pembinaandi Peringat dalam parlimen Ketereh dengan KHATAM dan Pusat Thafiz dalam kawasan supaya generasi celik al Quran ini menjadi teras kekuatan Ketereh Koridor Ilmu masa depan.

8. Kelima, pada bulan Ramadhan, mana mana masjid, surau dan madrasah dalam kawasan yang mengambil anak anak Tahfiz ini sebagai iman tarawikh akan diberi sokongan bantuan antara RM1k hingga RM2k sebagai saguhati kepada imam muda ini.

Dalam pada itu sebagai galakan untuk para imam, imam muda, bilal dan pertugas masjid terus belajar peringkat diploma, ijazah, sarjana dan PhD, mereka akan diberi bantuan belajar lagi dari RM3k hingga RM10k. Para Imam dan petugas masjid juga telah dibawa ke Makkah untuk tunai Haji dan Umrah ikut giliran setiap tahun dan program ini akan berterusan.

9. Keenam, mempastikan pada setiap mukim ada satu pusat pembelajaran al Quran untuk generasi tua dan muda. Paling tidak 50 JKKP kena tubuh segera pusat Al Quran yang akan dinaungi oleh KHATAM.

10. Ketujuh, Ketereh akan menganjurkan musabaqah al Quran tahunan dari sekolah rendah sampailah usia dewasa. Mereka yang berusaha memperbaiki bacaan sehingga jadi contoh teladan sampai johan akan dibawa mengerjakan umrah di Makkah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>