"Kekal berkhidmat bakti pada satu kawasan sahaja iaitu Ketereh yang kita cintai."

Saya Tan Sri Annuar Musa. Umur matang usia 62 tahun usia. Diberi ruang untuk berkhidmat di bawah empat (4) Perdana Menteri. Satu pengalaman mahal yang tidak terperi. Sejak awal mula tidak sekali pun bertukar parti. Juga kekal memberikan khidmat bakti pada satu kawasan sahaja iaitu Ketereh yang kita cintai. Dulu namanya Peringat dan sebelum itu Nilam Puri.

tan sri collage

Pada Pilihanraya umum kali ini menandai penglibatan saya dalam politik sebanyak 10 kali pilihanraya sejak kali pertama dapat mengundi pada tahun 1978.

Dengan adunan pengalaman, latar belakang perjuangan dan penglibatan, saya tahu akan sepak terajang dunia siasah diperingkat akar umbi, negara dan antarabangsa.

Saya diberi ruang untuk berkhidmat di bawah empat (4) Perdana Menteri. 
Satu pengalaman mahal yang tidak terperi. Sejak awal mula tidak sekali pun bertukar parti. 
Juga kekal memberikan khidmat bakti pada satu kawasan sahaja iaitu Ketereh yang kita cintai. Dulu namanya Peringat dan sebelum itu Nilam Puri.

Satu perkara yang saya lihat dan alami dari dulu hingga sekarang  adalah Kerajaan dan Parti Pemerintah akan diasak dan digasak, diserang dan difitnah. Malah acapkali dikafirkan, diperlekehkan. Segala gambaran buruk cuba diwarna hitam supaya jadi kebencian yang memusnah dan memadamkan cerita kejayaan yang gemilang.

Apakah  gambaran jelas yang  membezakan Kerajaan dan parti BN dengan mereka semua kalangan yang mahu berkuasa menjatuhkan kerajaan sedia ada?

BN mengekalkan prestasi bekerja sepanjang masa. Walau sejak dulu telah ada pelbagai usaha cuba menggambarkan Kerajaan hari ini sebagai “hopeless”,“no future”, “failed state” dan seumpamanya, kebenaran tetap kekal tegap berdiri.

Walau sejak dulu telah ada pelbagai usaha cuba menggambarkan Kerajaan hari ini sebagai “hopeless”,“no future”, “failed state” dan seumpamanya, kebenaran tetap kekal tegap berdiri.

Fakta nyata hingga ke hari ini kita paling MAJU KEHADAPAN, dari sebuah negara dunia ketiga kepada sebuah negara yang semakin maju dan menjadi contoh kepada banyak negara lain.

Negara Malaysia terus aman, rakyatnya berharmoni, ekonomi berkembang, pelaburan meningkat, reserve semakin banyak, perdagangan semakin meluas dan KERAJAAN TERUS STABIL DAN KUAT

Sebaliknya apa yang berlaku pada parti dan pemimpin yg banyak  mengkritik. Jelas dapat dilihat mereka sendiri tunggang langgang, bertukar parti, bertukar kawasan, malah bertukar pendirian.

Benarlah.

Fakta dan angka akan terus  tunjuk hakikat kebenaran. 
Prestasi yang penting dan terus ISTIQAMAH DALAM DASAR DAN PERJUANGAN!

Dasar BN lebih berpandangan jauh, lebih konsisten. Pimpinan pula berbekalkan pengalaman mentadbir. Rancangan dan Manifesto lebih fokus, teamwork dan toleransi BN sangat kukuh dan stabil.

Yang paling penting BN memerintah dengan berlapang dada memberi kebaikan pada semua termasuk yg menentang dan tidak memilihnya. Sikap ini menjadikan BN LEBIH DI YAKINI.

Kebanyakan penentang pula mulanya BERPUNCA DARI AGENDA PERIBADI, perebutan jawatan dan melayani kekecewaan diri. Orang saperti ini biasanya manis berbicara hanya ketika MENDAPAT TEMPAT DAN JAWATAN DALAM KERAJAAN.

Apabila bersara, atau tiada lagi kedudukan dalam kerajaan MEREKA BERTUKAR WATAK DAN PENDIRIAN. Mereka adalah orang yg gagal dalam ujian. Mereka bukan pejuang. SEKADAR BIJAK MENCARI ALASAN untuk menjaga kepentingan diri, famili dan kelompok!

9hb Mei, 2018 bakal menjelang. PRU datang lagi.
10 kali penglibatan saya dan yang ke 8 sebagai CALON PILIHANRAYA.

Ulangan gambaran peristiwa berulang. Kita masih melihat perkara yg sama. 
POLITIK FITNAH, 
POLITIK BENCI, 
POLITIK U TURN, 
POLITIK MENUDUH, 
POLITIK GABUNGAN SEMENTARA,
POLITIK POPULIS, 
POLITIK DENDAM, 
POLITIK JANJI 
dan umpamanya kembali menghiasi warna warna sisi sepanjang edah masa pilihanraya.

BN DAN KERAJAAN tetap cermat teliti dengan perancangan yang rapi untuk rakyat, mengutamakan prestasi, wasatiyyah, istiqamah dan janji di tepati, melakukan yang lebih baik untuk negara dan masa depan.

Inilah kelebihan NEGARA KITA MALAYSIA. SETIAP SELEPAS PRU, rakyat dan negara semakin aman, semakin makmur, semakin berjaya. Dari Perlis sampai ke Sabah, tiada yang tertinggal, tiada siapa yg terabai.

INSYAALLAH, SETELAH SEKALI LAGI TERPILIH SEBAGAI CALON BN BAGI KAWASAN P 026 PARLIMEN KETEREH, SAYA BERTEKAD MENERUSKAN KHIDMAT BAKTI KEPADA SEMUA MASYARAKAT DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

Penuh istiqamah, kesetiaan kepada perjuangan serta sabar dan bertawakkal kepada ALLAH. Saya tidak bertukar parti, saya tidak berpindah kawasan, jauh sama sekali dari bertukar tukar pendirian.

Jatuh bangkit saya aalah bersama sama adik kakak ORGHE PARLIME TERRE (OPT).

Dan InshaAllah kali ini kita bangkit dengan lebih perkasa “Terre Hebat. HEBATKAN NEGARAKU”

Ketereh Koridor Ilmu-Rakyat Bersatu-Ketereh Maju!

Insyaallah untuk masa depan yang lebih baik.

Lakukan sekarang. Undi Barisan Nasional.

InshaAllah kali ini kita bangkit dengan lebih perkasa “Terre Hebat".
Ketereh Koridor Ilmu-Rakyat Bersatu - Ketereh Maju!